Current News

Stay up-to-date with latest event held at Taman Tamadun Islam and current news regarding Taman Tamadun Islam activity and program. Listed below are the current Taman Tamadun Islam news and event:

Malaysia AIDS Council

Date : 27th May 2010 (Thursday)
Time : 8.30am
Location : Hall 1,TTI Convention Centre

__________________________________

 

Majlis Anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Date : 16th/17th/18th May 2010 (Sunday/Monday/Tuesday)
Time : 2.00pm-1.00pm
Location : TTI Convention Centre

__________________________________

 

Hari Keluarga PMINT

Date : 15th May 2010 (Saturday)
Time : TBA
Location : TTI

__________________________________

 

Klinik PMR (Anjuran NSTP)

Date : 14th-15th May 2010 (Friday-Saturday)
Time : 8.30am-5.00pm
Location : Hall 2,TTI Convention Centre

__________________________________

 

Majlis Perasmian Serentak (Jabatan Perancangan Bandar & Desa)

Date : 10th-11th May 2010 (Monday-Tuesday)
Time : 9.00am-1.00pm
Location : TTI Convention Centre

__________________________________

 

Majlis Perjumpaan 1MALAYSIA Bersama Ketua Pengarah Penerangan

Date : 08th May 2010 ( Saturday)
Time : 10.30am-2.00pm
Location : B'beteng Restaurant

__________________________________

 

Klinik UPSR (Anjuran NSTP)

Date :7th-8th May 2010 (Friday-Saturday)
Time : 8.00am-6.00pm
Location : Hall 3,TTI Convention Centre

__________________________________

 

Mesyuarat Majlis Penutup Program Bahasa Inggeris (Yayasan DiRaja Sultan Mizan)

Date : 6th May 2010 (Thursday)
Time : 10.30am-1.00pm
Location : Al-Hambra 1,TTI Convention Centre

__________________________________

 

Bengkel Kunci Tata Kira-kira (MAIDAM)

Date : 5th May 2010 (Wednesday)
Time : 8.00am-5.00pm
Location : Hall 2,TTI Convention Centre

__________________________________

 

PERTANDINGAN MEMANCING TTI 2010 ( Anjuran Bersama Digi)

Date : 1 May 2010 (Saturday)
Time : 7.30 am – 2.30 pm
Location : Tasik Pahlawan, Taman Tamadun Islam

Image

__________________________________

 

BENGKEL KURSUS FOTOGRAFI ( Anjuran TT Photo)

Date : 24th - 25th April 2010 (Saturday-Sunday)
Time : 9.00am-5.00pm
Location : Al-Hambra Meeting Room,TTI Convention Centre

__________________________________

 

SEMINAR PMINT(Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu)

Date : 17th - 18th April 2010 (Saturday-Sunday)
Time : TBA
Location : TTI Convention Centre

__________________________________

 

PELANCARAN PRODUK ROSELLE(Koperasi Tani Lembah Bidong)

Date : 16th April 2010 (Friday)
Time : TBA
Location : TTI Convention Centre

Image

__________________________________

 

SEMINAR JABATAN KERJA RAYA

Date : 13th - 15th April 2010 (Tuesday-Thursday)
Time : TBA
Location : TTI Convention Centre

__________________________________

 

BBQ PERSATUAN HOKI WANITA TERENGGANU

Date : 13th April 2010 (Tuesday)
Time : 6.00pm
Location : BBETENG RESTAURANT

__________________________________

 

BENGKEL KURSUS FOTOGRAFI ( Anjuran TT Photo)

Date : 10th - 11th April 2010 (Saturday-Sunday)
Time : 9.00am-5.00pm
Location : Al-Hambra Meeting Room,TTI Convention Centre

__________________________________

 

MAJLIS MALAM ANUGERAH FAKULTI PERUBATAN SAINS DAN KESIHATAN (UDM)

Date : 10th April 2010 (Saturday)
Time : 8.00pm-12.00pm
Location : Hall 1,TTI Convention Centre


Image

__________________________________

 

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA KUALA TERENGGANU (PKKT) KE-9

Date : 04th-05th April 2010 (Sunday-Monday)
Time : 8.30am-5.00pm & 8.30am-2.00pm
Location : Hall 1, TTI Convention Centre

Image

__________________________________

 

Lawatan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke Taman Tamadun Islam

Date : 3 April 2010 (Saturday)
Time : 8.00pm
Location : Monument Park, Crystal Mosque

Image

__________________________________

 

Temuramah Pengarah Urusan TTI bersama RTM menerusi Rancangan Hujung Minggu Malaysia

Date : 28 Mac 2010 (Sunday)
Time : 8.05 Pagi (TV1)
Location : Studio 2, Tingkat bawah, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

__________________________________

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ‘MoU’ Antara Primula Beach Hotel dan Taman Tamadun Islam

Majlis Menandatangani MoU antara Primula Beach Hotel dan Taman Tamadun Islam 2


KUALA TERENGGANU – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ‘MoU’ antara Primula Beach Hotel dan Taman Tamadun Islam telah diadakan pada pukul 3.00 petang, hari Isnin 1 Mac 2010 bertempat di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Memorandum Persefahaman ‘MoU’ yang telah ditandatangani antara Primula Beach Hotel dan Taman Tamadun Islam ini adalah bersempena perlantikan Primula Beach Hotel sebagai Hotel Rasmi Penginapan untuk tetamu/pengunjung ke Taman Tamadun Islam. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said dan Ahli Lembaga Pengarah Taman Tamadun Islam.

Majlis Menandatangani MoU antara Primula Beach Hotel dan Taman Tamadun Islam 1


__________________________________

 

5,000 sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1431H

TTI Juara Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H Kategori Syarikat Terpilih dan Swasta

KUALA TERENGGANU – Lebih 5,000 rakyat negeri ini termasuk 3,855 peserta perarakan Maulidur Rasul menghadiri majlis perasmian sambutan memperingati kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW di Stadium Negeri, di sini, semalam.

Kemeriahan Maulidur Rasul begitu terasa apabila semua peserta perarakan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad sepanjang perjalanan dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kira-kira jam 8 pagi.

Perarakan diketuai Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) serta ketua jabatan.

Semua peserta berarak dari Jalan Pejabat ke Jalan Petani, menuju ke Jalan Sultan Zainal Abidin, seterusnya tiba di Jalan Sultan Mahmud untuk ke Stadium Negeri bagi memeriahkan Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Terengganu 1431 Hijrah dengan tema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’.

Perarakan berjalan lancar dan berakhir kira-kira jam 10 pagi itu turut dimeriahkan dengan acara nasyid serta bacaan rawi, selain persembahan drama pendek oleh Akademi Seni Terengganu (Aseni) dan sajak Maulidur Rasul disampaikan oleh Ibrahim Ulu.

Jemputan yang hadir adalah isteri Tengku Baderulzaman, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail dan Tengku Seri Laksamana Raja.

Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan perarakan mengikut kategori iaitu Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dimenangi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan dimenangi Yayasan Islam Terengganu, pasukan Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin), Syarikat Terpilih dan Swasta (Taman Tamadun Islam) dan pasukan Beruniform (Akademi Bomba Wakaf Tapai).

Johan setiap kategori menerima tunai RM2,000 dan sijil penghargaan.

Tengku Baderulzaman juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mengikut kategori lain, antaranya Pertandingan Menulis Esei dimenangi Mat Husin Ghani dari Kampung Penarek, Setiu dengan menerima tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.

Pertandingan Mewarna Huruf Jawi (Kategori Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun) dan Kategori Kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun, masing-masing dimenangi Aisyah Sakiyah Mohd Zuki dari Taska Keluarga Batas Baru serta Nurul Syafiqah Razali dari Prasekolah Kebangsaan Pasir Panjang.

Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Terbuka dimenangi Ahmad Naqiuddin Kader dan Che Engku Khairunnisa Che Engku Rozali, kedua-duanya dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Zainal Abidin, Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah (Muhammad Fakhru Aiman Mazlan), Penulisan Khat Thuluth (Wan Muhammad Sulaiman W Yusof) serta Penulisan Khat Naskah dimenangi Tuan Martunas Tuan Azam.

Sumber: Akhbar Sinar Harian, 27 Februari 2010